BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 5, 2010

Kembali pada asas..

Mari kita kembali pada basic..
Kenapa perkara jadi macam ni?
Keadaan politik sekarang ni menjadi semakin kelam kabut, serabut, berpintal-pintal..
terpaksa la kita meleraikan satu per satu..
Bermula dari Belanda melebarkan sayap dakwah ke Indonesia yang rata-rata pada waktu itu sangat kuat beragama Islam. Demi untuk menguatkan pengaruh agama Kristian, mereka ubah nya kedalam bahasa melayu, agar mudah diresapi oleh penduduk Indonesia..
untuk merujuk kepada Tuhan, mereka menggunakan God..
untuk merujuk kepada Father, mereka menggunakan Allah..
untuk merujuk kepada Jesus, mereka menggunakan Isa..
Bagi mereka, inilah penyebaran dakwah agama mereka..
tapi bagi kita, inilah satu tamparan hebat lebih-lebih lagi sudah diadun dengan sentimen politik..

Jika kita ingin menentang penggunaan Allah dalam bible mereka..
Kita juga harus menentang penggunaan Isa.. (bukan ISA akta keselamatan yea?)
Dalam Islam, kita memahami bahawa tiada tuhan yang patut disembah melainkan Allah.. dan Nabi Isa itu adalah Rasul Allah..
Dalam agama Kristian pula, tuhan mereka beranak.. dan anak tuhan mereka adalah Nabi Isa.. Oke, mari kita imbau ketika zaman Nabi Isa.. apa sebenarnya yang jadi?
Pada zaman Nabi Isa, adanya kita Injil.. dan Islam juga percaya pada kitab Injil..
Kita tahu pada suatu hari yang entah bila, Nabi Isa akan diturunkan semula..
dan mereka yang beragama Kristian juga tahu hal ini..
Pada Zaman Nabi Isa, Nabi ini sudah menyeru pada umatnya untuk memberi kesetiaan dan ketaatan pada seorang persuruh Allah (Nabi Isa menyebut Allah). Kalau dalam konteks mereka, persuruh Allah ini dipanggil Massaiah. Tetapi bila datangnya Nabi Muhammad saw.. mereka enggan.. kenapa? kerana baginda berbangsa arab dan bukan dari kalangan mereka ini..

Ingatkah kita pada pristiwa Nabi Muhammad mengikuti bapa saudaranya ke syam untuk berniaga? lalu datanglah seorang mubaligh kristian memeluk baginda? "haza Ya Rasulillah" dan menangis.. kerana sudah tertulis dalam kitab Injil..
Apa bezanya Kitab Injil dan bible?
Kitab Injil adalah kitab sahih Nabi Isa..
dan bible? Bible adalah pengubahsuaian dari kitab Isa.. lebih kurang kepada penterjemahan.. oleh St Paul.. siapakah St Paul ini? Seorang paderi yang hidup 200 tahun selepas Nabi Isa diangkat.. masa demi masa.. peredaran bumi berlaku berpuluhan ratus tahun, maka wujudnya tokok tambahan..
kalau dari konteks mata kasar sahaja, Islam dan Kristian menyembah Tuhan yg sama.. Cuma tuhan kita tidak beranak dan tidak pulak diberanakkan.. tapi lain pula halnya dalam agama mereka..

Allah itu hanya untuk Islam sahaja...
ingatkah kita bahawa, "Allah itu tuhan bagi semua manusia"
ada wujudkah, "Allah itu tuhan bagi umat Islam"?
Kenapa saya cakap macam ni? (saya tahu ramai yang marah, begitu juga saya)
Nama sahabat Nabi adalah Saidina Abu Bakar.. sebenarnya Bakr yang membawa maksud perawan.. kerana anaknya Siti Aishah adalah seorang yang perawan.. Abu Bakar, bapa si perawan.. Nama sebenar beliau adalah Abdullah Bin Abu Kuhafah..
Abdullah membawa maksud Hamba Allah.. Pada tahun bila Saidina Abu Bakar memeluk Islam? Tahun demi tahun dulu, Allah menurunkan umat manusia Rasul dan Nabi.. termasuklah Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad. ketiga-ketiga Rasul ini membawa peranan yang sama.. cuma apabila zaman demi zaman berubah, terdapat tokok tambah..
Musa = Moses, Ibrahim = Abraham, Yaakub = Jakob, Isa = Jesus, Muhammad = Mohammad, Mikail = Michael dan banyak lagi..

Mari kita membawa diri pada Zaman Nabi Musa.. Kaum yang paling keras kepala..
Setelah membelah laut.. Nabi Musa mendapat wahyu bahawa Allah menyuruh Nabi Musa membawa umatnya ke Tanah yang Dijanjikan.. iaitu tanah yang diberikan Allah khas kepada umat Nabi Musa.. setelah mereka penat berjalan, umatnya mengeluh dan memarahi Nabi Musa.. mereka letih, penat dan lapar.. Maka Nabi Musa memohon kepada Allah supaya diberikan makanan.. serta merta itu juga makanan turun dari langit.. maka makan lah mereka semua.. bila semuanya sudah kenyang, Nabi Musa tanya, "cukupkah?" mereka jawab cukupp.. Nabi tanya lagi.. "cukupkah?" dan mereka jawab cukup.. Lalu Nabi tanya lagi dan mereka mengulangi jawapan mereka.. Maka Nabi Musa pun berkata, jika kamu tidak berkata cukup, makanan ini akan turun dari langit hingga ke hari kiamat.. kerana itulah wujudnya perayaan yang istimewa dalam agama mereka tiap-tiap tahun, iaitu PASSOVER, satu perayaan dimana mereka makan sepuas-puasnya hingga kenyang..hingga perut ketat.. Setelah mereka berehat, maka sambung kembali perjalanan mereka mencari tanah yang dijanjikan itu.. setelah berjalan, Nabi Musa mendapat wahyu untuk pergi ke sebuah bukit untuk mengambil kitab taurat.. (dalam perjalanan tu, Nabi Musa bersama Nabi Harun), maka Nabi Musa memberikan kepercayaanya kepada Nabi Harun untuk menjaga umat mereka ini.. Dek kerana Nabi dan Rasul ini ada mukjizat yang Allah bagi.. mereka meleburkan emas lalu bentukkan menjadi lembu.. lalu bekas tapak kaki Nabi Musa di padang pasir itu ditaburkan keatas lembu emas itu, maka hiduplah lembu tersebut.. apabila Nabi Musa balik dari mengambil kitab tersebut, terlihatlah dia kepada kecurangan umatnya.. maka sedihlah Nabi Musa.. Marahlah beliau kepada Nabi Harun... kerana tidak awasi umat-umatnya... Nabi Musa menyuruh umatnya mencari sendiri tanah yang dijanjikan itu.. dalam kitab agama Yahudi, ada tersebut kisah ini, "The Promise Land" dalam Quran kita pun ada.. Maka Allah melaknat mereka.. dan mereka ini adalah umat yang tidak bertanah.. tahu dimana tanah yang dijanjikan? Palestine.. Tahu siapa mereka yang disebutkan sebagai umat tak bertanah? Israel..
Mereka mempercayai, bila mereka mengambil Paletine itu sepenuhnya, seorang Massaiah akan datang untuk melindungi mereka dan membawa mereka ke jalan yang benar apabila hari bakal kiamat.. sebab itu lah dengan apa cara jua, mereka nak ambil juga palestine.. padahal palestin tu dari mata kasar, bukan ada apa-apa pun kan? dalam Islam juga percaya hal ini.. kerana bila mereka mendapatkan tanah ini.. mereka menggunakan secara kemungkaran.. dengan bunuh membunuh.. perang berperang.. tahukah bahawa bila datangnya Nabi Isa dan Imam Mahdi, cuma apabila berlaku banyak kemungkaran di dunia ini.. maka bila datanganya Nabi Isa dan Imam Mahdi, dunia semakin menghampiri Kiamat.. dalam agama Yahudi dan Islam, mempercayai kedua-dua ini.. tapi fahaman dan ideology yang berbeza..

Sebenarnya, di negara-negara yang berbahasa Melayu.. sudah lama penggunaan Allah itu digunakan.. hal ini berlaku kerana penyebaran agama Kristian.. dan campur tangan orang politik.. kerana tak dapat nak lawan kerajaan secara directly, mereka menggunakan cara indirectly.. kerana mereka tahu, rakyat akan menyalahkan Kerajaan yang tidak menghalang berlakunya hal seperti ini..
Puteri dan yang lain-lain tahu, kesannya pada anak cucu kita nanti.. Jika ilmu itu ada, pasti tiada apa yang salah.. Jika ibu bapa itu berilmu, maka turunkanlah ilmu pada anak cucu kalian.. ilmu agama khususnya.. carilah ilmu, sebab itulah Allah menyayangi hamba-hambanya yang suka memberi ilmu.. "sesungguhnya ilmu itu muhammad" disambungkan lagi, "sesungguhnya pintu ke muhammad itu adalah Ali (saidina Ali)". Kalau anda seorang yang boleh berfikir, anda tahu maksudnya.. Kalau tak faham juga, sila cari ilmu tersebut..

Mengapa berlaku kucar kacir dalam Islam di Malaysia?
Kerana wujudnya seorang pemimpin Islam yang bukan dilantik Allah.. tapi dilantik manusia.. dikeluarkan fatwa-fatwa songsang.. memberi hukuman sesuka hati.. itu haram ini haram.. itu salah.. ini salah.. itu dosa.. ini dosa.. seorang yang kononya pemimpin Islam itu menanamkan sifat Islam menyusahkan kita.. padahal kita yang menyusahkan diri kita.. Allah itu bukan kejam.. Islam itu agama yang mudah.. Agama yang baik.. cuma manusia yang menganuti agama ini yang membiarkan ia kelihatan susah dan sukar..

Apa nak kata jika pembangkang melawan?
jawab sahaja kepada mereka, "sedangkan bermulanya Nabi Adam dicipta, beliau sudah terlihatnya kalimah "Tiada tuhan yang patut disembah melainkan Allah, dan Muhammad itu persuruh Allah" sedangkan Nabi Muhammad itu hidup beribu ratus tahun selepas Nabi Adam as.. Siapa yang membawa ajaran Islam? Nabi Muhammad!

Konklusi yang dapat dibuat,
Allah tidak menyusahkan hamba-hambanya..
Mereka yang beragama lain mengkaji Al-Quran.. kenapa kita tidak?
Owh.. kerana terdapat suara-suara sumbang bahawa baca Bible adalah haram..
Ilmu itu sangat penting..
Jikalau nak berlawan dan menentang mereka ini, bukan senjata dan meriam.. tapi ilmu.. sebab itulah mereka berlumba-lumba mahu mencari ilmu dan teknologi? tapi kita???????????


sekadar satu pengkonsian antara insan-insan yang puteri sayang..
kerana apa yang puteri tahu ini, puteri mencari ilmu.. ilmu ini Allah bagi..
rugi kalau tak dikongsi..
segala tentangan dan berlainan ideology diterima dengan penuh hormat oleh puteri..
hormati orang lain, baru orang lain hormati kita kan?
setiap manusia diberikan akal fikiran.. dan setiap fikiran mempunyai pendapat yang berbeza.. jika pendapat ini digabungkan, maka kekuatan dapat diwujudkan demi bersama orang Islam..

0 comments: