BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 5, 2010

Cerita pasal pegunaan kalimah Allah..~

This is from my friend, tehtarik.. He told me everything.. haha.. thanks to him, finally I know what's going on.. ayaa.. ketinggalan bas..~!!

3. Saya cuma ingin tahu "apa isu" yang membabitkan orang2 Cina yang
Cik bahaskan di forum. Saya bertanya demikian kerana tajuk thread kita berkaitan dgn penghakiman YA Lau Bee Lan yang membatalkan larangan KDN (sebutan ALLAH ).

4. Kalu isu sebutan ALLAH yang Cik bincangkan, maka saya sudah jelaskan bahawa isu itu tak ada kaitan dgn masyarakat Cina (secara umum). Yang terbabit hanyalah pendakwah2 Katolik (terutamanya yang berasal dari Sarawak), yang mahu mudahkan dakwah mereka di kalangan Bumiputra bukan-Muslim yang tak ngerti bahasa Inggeris....

5. Tuntutan itu bukan tuntutan yang bijaksana, dan orang Cina yang bukan-Kristian tak sokong....Yang nyata, Archibishop Katolik itu ada "agenda" beliau, memandangkan beliau rapat dgn pihak pembangkang sejak 2005....Beliau pun dikatakan tidak memahami hasrat/perasaan orang2 Katolik bawahan di Malaysia, terutama di Semenanjung.

6. Saya lebih melihat isu ini sebagai isu yang dibawa oleh anak2 Sarawak yang tidak memahami/menghormati sensitiviti Muslim di Semenanjung Malaysia. Kita perlu sedar bahawa di Sarawak, misalnya, majoriti penduduknya Katolik/Kristian dll; Muslim dikatakan berjumlah 20%. Jadi sikap/gaya Kristian/Katolik berbeza dgn, contohnya, Katolik/Kristian yang berupa minoriti di Semenanjung.

7. Saya cuba mengetengahkan gambaran sebenar, supaya isu sebutan ALLAH tidak menjadi punca perselisihan di antara Melayu/Muslim di Semenanjung dgn Cina/India di Semenanjung. Kita di Semenanjung sudah ada banyak isu yang perlu kita hadapi dan tangani....Isu kegiatan dakwah Kristian/Katolik di Sarawak tidak harus dibawa ke Semenanjung....

8. Besarlah harapan saya sekiranya Cik Lyna dapat memahami maksud saya.

Selamat Maju Jaya.

Tehtarik 2gelas

0 comments: